10 petanda yang si dia merupakan lelaki yang tepat untuk anda
Berikut adalah 10 petanda yang si dia merupakan lelaki yang tepat untuk anda.
- Dia tidak pernah merungut atau mengucap kata yang kasar apabila anda selalu meminta perhatian darinya. Lelaki sangat senang marah apabila mereka berada dalam keadaan tertekan tetapi mereka tidak akan marah apabila berhadapan dengan orang yang mereka cintainya walaupun mereka sedang tertekan.
- Si dia merancang rancangan masa hadapan dia dengan anda. Dia mahu mendengar pendapat anda mengenai masa hadapannya.
- Dia tidak malu untuk berkenalan dengan ahli keluarga anda dan dia juga membawa anda untuk berkenalan dengan ahli keluarganya.
- Dia tidak kedekut wang untuk membantu anda dan sentiasa berusaha mencari wang dengan bekerja. Dia sangat rajin bekerja dan komited dengan tugas yang di beri.
- Dia sentiasa meluangkan masa untuk bersama anda dan tidak sesekali mengatakan tidak apabila anda ingin berjumpa dengannya. Jika dia sibuk sekalipun, dia pasti akan aturkan masa yang sesuai untuk anda berdua berjumpa. Kesimpulannya, dia tidak akan hampakan anda.
- Dia tidak pernah bercerita perihal wanita lain apabila bersama dengan anda. Lelaki jenis ini adalah lelaki yang setia iaitu hanya melihat anda seorang sahaja.
- Dia tidak pernah memaksa anda melakukan perkara yang anda tidak suka. Dia hanya paksa jika perkara itu adalah benar dan memang wajib anda lakukan seperti menutup aurat dan menghormati ibu bapa.
- Dia tidak pernah meminta dari anda melainkan dia benar – benar perlukan sahaja. Contohnya, dia tidak pernah meminta meminjam wang dari anda melainkan dia memang berada dalam masalah yang besar.
- Dia sentiasa mencari jalan untuk memudahkan anda menjalankan urusan harian dan tidak sesekali membiarkan anda seorang diri apabila anda berhadapan dengan kesusahan.
- Dia menghormati anda sebagai seorang wanita dan sentiasa menjaga hati anda yang mudah sensitif . Dia tidak menyentuh anda melainkan anda benar – benar halal baginya.
No comments:
Post a Comment